Tuesday, April 10, 2012


Indahkah kuburku????
“Ya allah,, aku mahu menyambut hari matiku, segembira aku menyambut hari perkahwinanku”

Baca ,membacalah dan belajarlah melalui bacaan
Kerana Allah itu Mahaguru kita, hingga kita jadi tahu
Apa yang kita tidak tahu.

Dia juga pencipta yang mencipta kita dari
Seketul darah beku. Tapi insan adalah jenis
Yang bila dirinya ada semua kecukupan
Dia berlaku zalim sekalipun terhadap Tuhan
yang dia tahu jasa-Nya.

Itulah angkara nafsu durjana yang Tuhan Simpan didada manusia
Allah meletakkan nafsu supaya dapat menyaksikan hamba-Nya
Bagaimana mempertahankan status hamba.

Oh, kalau begitulah rupanya kemahuan Tuhan
Hingga sanggup menjadi mangsa nafsu oleh manusia ciptaan-Nya
Aku mahu buktikan bahawa nafsu akan aku kalahkan!!
Agar jangan nanti bila Allah bertanya, “Siapa besar, Allah atau nafsu??

Dengan mudah kukatakan, “Kewujudan-Mu Tuhan, lebih menawan aku daripada tawanan nafsu.
Engkau cukup indah bagiku dibanding nafsu.
Tuhanku menyayangiku lebih dari aku menyayangi diriku.

Kau Tuhan, lebih bertanggungjawab kepada diriku dari aku.
Tuhanku lebihkan rindukan aku dari aku rindukan diriku.
Sungguh, Tuhanku ialah tuanku.
Buatkan aku rasa tidak sabar untuk bertemu dengan-Nya,
Dimana??

Ya dihari kematianku!!!
Ia hari paling indah buatku kerana terlalu ingin aku bersama-Nya
bagaikan hari pengantin”  

( Buletin NM)