Monday, September 17, 2012



BILA MASANYA TELAH TIBA..

Assalamualaikum & Salam ukhwah….
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberiku peluang untuk menikmati kehidupan pada hari ini. Dengan Izin-Nya jua aku masih mampu melakarkan bicara disini, biarpun telah lama menyepi. Mungkin sibuk dek urusan sebagai seorang pelajar & mungkin juga kekeringan idea..
Sedar tak sedar pengajianku kini sudah berada di tahun akhir..Allah.. terasa begitu cepat masa berlalu..umur pun semakin meningkat, ajal pula semakin hampir.. Allah!! Bersediakah aku untuk menghadapinya??? ( Muhasabah diri -.- )
Sebut pasal kematian ni.. Kami baru saja dikhabarkan tentang kematian salah seorang ex-senior kami di unisza disebabkan kemalangan jalan raya di Jordan. Arwah merupakan pelajar degree Atahun 2 di salah sebuah university disana. Allah, tersentap hati, bergetar jiwa menerima perkhabaran itu. Seolah –olah sukar untuk menerima kenyataan itu. Aku turut merasai kesedihannya..Perancangan Allah Maha Hebat.. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti merasai kematian.. Bila dan dimana?? Hanya Allah mengetahuinya..
Walaupun mengenali arwah hanya sebagai seorang senior, kami dahulunya tapi kematian arwah membuatkanku turut merasai satu kehilangan.. Al-fatihah buat arwah ,Moga dikau ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang soleh. Sekadar doa yang mampu ku utuskan . Moga dikau tenang & berbahagia disana.
( BUAT SESIAPA SAJA YANG MEMBACA ENTRI INI , MOHON SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT ARWAH YE, MOGA ARWAH MENDAPAT KETENANGAN DI ALAM SANA)
Perkhabaran ini sebagai satu tamparan buat diriku untuk sentiasa mengingati mati & mengenang2 akan kematian. Ya Allah matikanlah aku dalam husnul khatimah serta jadikanlah aku orang yang sentiasa mengenang2 dan merindui kematian, agar aku sentiasa bersedia untuk berhijrah kealam sana..
Wallahu’alam….