Tuesday, May 24, 2011

      ::  Umar Al-Khattab r.a berkata,terdapat 9 jenis anak syaitan ::

1. Zalituun
Duduk dipasar/dikedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang2 yg tidak perlu.

2.Wathiin
Pergi kepada org yg m'dpt musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan 
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dgn kedudukan /kekayaan hingga terabau kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dgn kaki botol. Suka menghampiri org yg berada ditempat2 maksiat.

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikn ahli dan org yg sukakan muzik sehingga lupa kpd Allah. Mereka tenggelam dlm glamour dan keseronokan.

6. Maasud
 Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah ,gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dr kata2 mulut.

7. Daasim
Duduk dipintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah , Daasim akn bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga .

8. Walahaan  
Menimbulkan rasa was was dlm diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat2 kita yg lain

9. Lakhsuus
Merupakan sahabat majusi yg menyembah api/matahari.

Tuesday, May 17, 2011

SENYUM SEINDAH SURIA…(‘’,)(,”)


SENYUM adalah satu pelaburan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar bagaimana untuk SENYUM.
SENYUM harus ada ketulusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.
"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.
Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan.
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak mulakan dahulu ? Mulakan dengan diri kita..Ayuh!!

SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu…(^^,)
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ William Shakespeare mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sihat.

Madah pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya”

Jenis-Jenis Air Mata :



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan :
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An-Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta
menciptakan sebab tercetusnya.

Sunday, May 8, 2011

UNTUK ADAM..

Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.
Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.
Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.
Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.

Untuk Adam | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, May 2, 2011



saBaR dalam Berukhwah

Allah SWT berfirman, ''Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan sore hari dengan mengharap keridhaan-Nya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.'' (Al-Kahfi: 28).

Sabar adalah suatu energi dan kekuatan yang harus selalu melekat pada setiap pribadi Muslim. Dengan kesabaran yang tinggi, seseorang pasti akan selalu tabah dan ulet dalam mengarungi bahtera kehidupan yang sangat fluktuatif, kadangkala mendaki, menurun, terjal, datar, dan kadangkala pula sangat licin. Kadangkala di atas, kadangkala di bawah, kadangkala dalam posisi dan jabatan yang tinggi, dan kadangkala tidak memiliki jabatan sama sekali. Firman Allah dalam QS Ali 'Imran ayat 140, ''... Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran), dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman ...''

Sabar pada hakikatnya bukanlah mengeluh, menyerah, dan bukan pula pasif tidak melakukan sesuatu kegiatan. Sabar adalah ketangguhan dalam melakukan sesuatu yang positif dan bermanfaat, ketika berhadapan dengan rintangan dan tantangan. Rintangan dan tantangan dijadikannya sebagai suatu peluang dan kesempatan untuk semakin dinamis dalam mempersembahkan yang terbaik dalam kehidupannya. Dengan demikian, sabar merupakan kunci utama kesuksesan.

Allah SWT berfirman dalam QS Ali 'Imran ayat 200, ''Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.''

Salah satu kesabaran yang harus selalu dipertahankan, sebagaimana tersebut dalam surat Al-Kahfi 28 tersebut di atas adalah kesabaran ketika berukhuwah dan berjamaah antara sesama orang-orang yang beriman.

Ternyata membangun ukhuwah itu banyak sekali tantangannya. Kadangkala berasal dari faktor internal dan kadangkala pula berasal dari faktor eksternal. Tidak jarang kita melihat antarsesama orang Islam saling memfitnah, saling menjegal, dan saling menggunting dalam lipatan. Ukhuwah Islamiyah adalah sesuatu yang sangat mahal dan sangat berat mengaplikasikannya tetapi sangat tinggi dan mulia nilainya di hadapan Allah SWT.

Karena itu, diperlukan kesabaran yang tinggi ketika kita akan merajut ukhuwah dan berjamaah. Perhatikan firman-Nya dalam QS Al-Anfal ayat 46, ''Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' Wallahu a'lam bis-shawab.