Tuesday, May 17, 2011

SENYUM SEINDAH SURIA…(‘’,)(,”)


SENYUM adalah satu pelaburan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar bagaimana untuk SENYUM.
SENYUM harus ada ketulusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.
"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.
Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan.
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak mulakan dahulu ? Mulakan dengan diri kita..Ayuh!!

SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu…(^^,)
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ William Shakespeare mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sihat.

Madah pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya”

2 comments:

  1. Salam'alaik..
    alhamdulillah.. prtama kali brkunjung ke blog ni mnjemput sy utk snyum.. jd kite snyum2!! :)

    tme kasih krn sudi ziarah blog perisai mahkota.. dan enti brtuah krn mnjadi follower blog yg ke400. syukran jazilan.

    ReplyDelete
  2. wslm...syukran jgk ats kunjungan nyer...

    ReplyDelete