Monday, September 17, 2012



BILA MASANYA TELAH TIBA..

Assalamualaikum & Salam ukhwah….
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberiku peluang untuk menikmati kehidupan pada hari ini. Dengan Izin-Nya jua aku masih mampu melakarkan bicara disini, biarpun telah lama menyepi. Mungkin sibuk dek urusan sebagai seorang pelajar & mungkin juga kekeringan idea..
Sedar tak sedar pengajianku kini sudah berada di tahun akhir..Allah.. terasa begitu cepat masa berlalu..umur pun semakin meningkat, ajal pula semakin hampir.. Allah!! Bersediakah aku untuk menghadapinya??? ( Muhasabah diri -.- )
Sebut pasal kematian ni.. Kami baru saja dikhabarkan tentang kematian salah seorang ex-senior kami di unisza disebabkan kemalangan jalan raya di Jordan. Arwah merupakan pelajar degree Atahun 2 di salah sebuah university disana. Allah, tersentap hati, bergetar jiwa menerima perkhabaran itu. Seolah –olah sukar untuk menerima kenyataan itu. Aku turut merasai kesedihannya..Perancangan Allah Maha Hebat.. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti merasai kematian.. Bila dan dimana?? Hanya Allah mengetahuinya..
Walaupun mengenali arwah hanya sebagai seorang senior, kami dahulunya tapi kematian arwah membuatkanku turut merasai satu kehilangan.. Al-fatihah buat arwah ,Moga dikau ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang soleh. Sekadar doa yang mampu ku utuskan . Moga dikau tenang & berbahagia disana.
( BUAT SESIAPA SAJA YANG MEMBACA ENTRI INI , MOHON SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT ARWAH YE, MOGA ARWAH MENDAPAT KETENANGAN DI ALAM SANA)
Perkhabaran ini sebagai satu tamparan buat diriku untuk sentiasa mengingati mati & mengenang2 akan kematian. Ya Allah matikanlah aku dalam husnul khatimah serta jadikanlah aku orang yang sentiasa mengenang2 dan merindui kematian, agar aku sentiasa bersedia untuk berhijrah kealam sana..
Wallahu’alam….

    

Friday, August 17, 2012

Muhasabah akhir Ramadhan..


Ya Ramadhan..
Sebulan begitu sekejap berlalu..
Rupanya  engkau sudah berada dipenghujung,
Akanku  tangisi nasibku,
Nasib puasaku yang tidak menentu.

Ya Allah,
Aku tahu ..Belum pasti  Ramadhan hadapan  bakal ku temui lagi..
Namun, tetapku turuti nafsuku ini.
Gagalnya aku utk bermujahadah!..
Tetamu agung ini aku biarkan berlalu begitu sahaja..
Hatiku seolah-olah terpukul dek sikapku yang tak kuat mujahadah!

Oh Tuhan,
bagaimanakah ibadahku?
Apakah natijahnya?  
Hanya doa yang mampu aku sertakan..
Moga dengan rahmat & kasih Sayang Mu
Engkau ampunkan aku
Dan  disampaikan lagi aku ke Ramadhan hadapan
Untuk aku teruskan percubaan untuk menghadapi RamadhanMu dengan lebih baik..

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN>>
MOGA KITA DI REZKIKAN BERTEMU LAGI...


Monday, July 30, 2012

~ahlan wasahlan ya Ramadhan ~

                                   Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
     Terima kasih Tuhan, kerana dengan keizinan-Mu....hambaMu ini masih mampu mencoretkan sedikit kata-kata sebagai peringatan buat diri yang hina ini..Moga-moga Engkau redha dengan segala tindak tanduk ku..
Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia ,nabi akhir zaman Rasulullah S.A.W yang keranamu la aku dapat menikmati nikmat iman & islam....Allahuakbar!!!

      Alhamdulillah...Aku masih berpeluang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan ini. Subhanallah, satu nikmat yang tidak terhingga untuk seluruh umat islam. Dimana bulan yang menjanjikan 10001  keberkatan yg tidak terdapat  dalam bulan2 yang lain..Moga-moga kita dapat mengisi bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya..Memaksimumkan ibadah dengan qiamullai , tadarus , bersedekah ,dan sgala macam aktiviti yang boleh meningkatkan kecintaan kepada Allah & dapat melahirkan rasa kehambaan dlm diri.

     Kita sering terdengar bahkan mencari-cari tentang kebesaran di bulan ramadhan ini..habis kitab dirujuk untuk mengetahuinya..Namun kita sering melupakannya kerana dek kelalaian dan kesibukan kita dgn urusan dunia..Masyaallah.. Perlu kuat mujahadah!!!..

   Biasanya Ramadhan berlalu ibadah kita pon mula berkurang.Oh,Tuhan... ku sedari kelamahan diri ini yg tidak istiqamah dlm b'ibadah.. Smoga Ramdhann kali ini dpt ku perbaiki kelemahan diriku ini..akn kucuba m'didik nafsuku agr subur rasa kehambaanku t'hdp-Mu.. Ya Allah.. Bimbinglah aku menuju jalanMu Ya Allah, tingktkn iman dan taqwaku agr batinku tetap pada-Mu walaupun ramadhan berlalu serta Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-Mu...
Moga aku mampu menempuhi madrasah ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya...Ya Allah tuntunlah setiap  langkahku agar kehidupanku sntiasa dalam rahmat Mu ;)
.

Tuesday, April 10, 2012


Indahkah kuburku????
“Ya allah,, aku mahu menyambut hari matiku, segembira aku menyambut hari perkahwinanku”

Baca ,membacalah dan belajarlah melalui bacaan
Kerana Allah itu Mahaguru kita, hingga kita jadi tahu
Apa yang kita tidak tahu.

Dia juga pencipta yang mencipta kita dari
Seketul darah beku. Tapi insan adalah jenis
Yang bila dirinya ada semua kecukupan
Dia berlaku zalim sekalipun terhadap Tuhan
yang dia tahu jasa-Nya.

Itulah angkara nafsu durjana yang Tuhan Simpan didada manusia
Allah meletakkan nafsu supaya dapat menyaksikan hamba-Nya
Bagaimana mempertahankan status hamba.

Oh, kalau begitulah rupanya kemahuan Tuhan
Hingga sanggup menjadi mangsa nafsu oleh manusia ciptaan-Nya
Aku mahu buktikan bahawa nafsu akan aku kalahkan!!
Agar jangan nanti bila Allah bertanya, “Siapa besar, Allah atau nafsu??

Dengan mudah kukatakan, “Kewujudan-Mu Tuhan, lebih menawan aku daripada tawanan nafsu.
Engkau cukup indah bagiku dibanding nafsu.
Tuhanku menyayangiku lebih dari aku menyayangi diriku.

Kau Tuhan, lebih bertanggungjawab kepada diriku dari aku.
Tuhanku lebihkan rindukan aku dari aku rindukan diriku.
Sungguh, Tuhanku ialah tuanku.
Buatkan aku rasa tidak sabar untuk bertemu dengan-Nya,
Dimana??

Ya dihari kematianku!!!
Ia hari paling indah buatku kerana terlalu ingin aku bersama-Nya
bagaikan hari pengantin”  

( Buletin NM)