Friday, February 1, 2013

selamat datang usiaku...

......Assalamualaikum....
subhanallah,sudah lama tak menjengah ke ruangan ini (huih...tiup habuk ^^, )
sebenarnya tak punya idea nk menulis,maklumlah diri ini bkn la hebat berpuisi,apa lagi berkata-kata..
sedar tak sedar dah msuk bln 2 tahun 2013..sungguh cepat masa berlalu.Malam ni ku gagahi jugak mencelah ruang-ruang yang ada untuk update blog nih.. 
Allahuakbar,, sudah genap 21 tahun usiaku..sudah 21 tahun aku menjadi anak kpd kedua ibu bapaku..dan sudah 21 tahun jugak aku menjadi khalifah dimuka bumi ini..Terasa kerdil bila memikirkannya. Bagaimanakah ibadahku,bagaimanakah amalanku dan bagaimanakah akhlakku spnjg umurku yg telah pon berlalu itu? Sempatkah aku mengharungi usiaku skrg smpai ke usia seterusnya?? ALLAH,,xmmpu ku menjawabnya..Ajal tak mengenal usia..
Yang pasti setiap masa yang berlalu punya record. Hanya menunggu masa untuk ditayangkan kembali.Sanggupkah aku untuk menonton nyer?? juga xmmpu ku menjawabnya.

aku bukan yang terbaik, bukan juga yang baik..tapi hamba yang sentiasa berusaha untuk kearah tu.. 
Moga hatiku sentiasa dipandu agar hati ini hanya utk -Mu dulu,kini dan selamanya ^^,..agar matiku nanti dalam husnul khatimah.... 
  

Friday, August 17, 2012

Muhasabah akhir Ramadhan..


Ya Ramadhan..
Sebulan begitu sekejap berlalu..
Rupanya  engkau sudah berada dipenghujung,
Akanku  tangisi nasibku,
Nasib puasaku yang tidak menentu.

Ya Allah,
Aku tahu ..Belum pasti  Ramadhan hadapan  bakal ku temui lagi..
Namun, tetapku turuti nafsuku ini.
Gagalnya aku utk bermujahadah!..
Tetamu agung ini aku biarkan berlalu begitu sahaja..
Hatiku seolah-olah terpukul dek sikapku yang tak kuat mujahadah!

Oh Tuhan,
bagaimanakah ibadahku?
Apakah natijahnya?  
Hanya doa yang mampu aku sertakan..
Moga dengan rahmat & kasih Sayang Mu
Engkau ampunkan aku
Dan  disampaikan lagi aku ke Ramadhan hadapan
Untuk aku teruskan percubaan untuk menghadapi RamadhanMu dengan lebih baik..

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN>>
MOGA KITA DI REZKIKAN BERTEMU LAGI...


Monday, July 30, 2012

~ahlan wasahlan ya Ramadhan ~

                                   Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
     Terima kasih Tuhan, kerana dengan keizinan-Mu....hambaMu ini masih mampu mencoretkan sedikit kata-kata sebagai peringatan buat diri yang hina ini..Moga-moga Engkau redha dengan segala tindak tanduk ku..
Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia ,nabi akhir zaman Rasulullah S.A.W yang keranamu la aku dapat menikmati nikmat iman & islam....Allahuakbar!!!

      Alhamdulillah...Aku masih berpeluang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan ini. Subhanallah, satu nikmat yang tidak terhingga untuk seluruh umat islam. Dimana bulan yang menjanjikan 10001  keberkatan yg tidak terdapat  dalam bulan2 yang lain..Moga-moga kita dapat mengisi bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya..Memaksimumkan ibadah dengan qiamullai , tadarus , bersedekah ,dan sgala macam aktiviti yang boleh meningkatkan kecintaan kepada Allah & dapat melahirkan rasa kehambaan dlm diri.

     Kita sering terdengar bahkan mencari-cari tentang kebesaran di bulan ramadhan ini..habis kitab dirujuk untuk mengetahuinya..Namun kita sering melupakannya kerana dek kelalaian dan kesibukan kita dgn urusan dunia..Masyaallah.. Perlu kuat mujahadah!!!..

   Biasanya Ramadhan berlalu ibadah kita pon mula berkurang.Oh,Tuhan... ku sedari kelamahan diri ini yg tidak istiqamah dlm b'ibadah.. Smoga Ramdhann kali ini dpt ku perbaiki kelemahan diriku ini..akn kucuba m'didik nafsuku agr subur rasa kehambaanku t'hdp-Mu.. Ya Allah.. Bimbinglah aku menuju jalanMu Ya Allah, tingktkn iman dan taqwaku agr batinku tetap pada-Mu walaupun ramadhan berlalu serta Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-Mu...
Moga aku mampu menempuhi madrasah ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya...Ya Allah tuntunlah setiap  langkahku agar kehidupanku sntiasa dalam rahmat Mu ;)
.

Tuesday, May 24, 2011

      ::  Umar Al-Khattab r.a berkata,terdapat 9 jenis anak syaitan ::

1. Zalituun
Duduk dipasar/dikedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang2 yg tidak perlu.

2.Wathiin
Pergi kepada org yg m'dpt musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan 
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dgn kedudukan /kekayaan hingga terabau kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dgn kaki botol. Suka menghampiri org yg berada ditempat2 maksiat.

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikn ahli dan org yg sukakan muzik sehingga lupa kpd Allah. Mereka tenggelam dlm glamour dan keseronokan.

6. Maasud
 Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah ,gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dr kata2 mulut.

7. Daasim
Duduk dipintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah , Daasim akn bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga .

8. Walahaan  
Menimbulkan rasa was was dlm diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat2 kita yg lain

9. Lakhsuus
Merupakan sahabat majusi yg menyembah api/matahari.

Tuesday, May 17, 2011

SENYUM SEINDAH SURIA…(‘’,)(,”)


SENYUM adalah satu pelaburan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar bagaimana untuk SENYUM.
SENYUM harus ada ketulusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.
"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.
Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan.
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak mulakan dahulu ? Mulakan dengan diri kita..Ayuh!!

SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu…(^^,)
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ William Shakespeare mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sihat.

Madah pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya”

Jenis-Jenis Air Mata :



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan :
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An-Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta
menciptakan sebab tercetusnya.

Sunday, May 8, 2011

UNTUK ADAM..

Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.
Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.
Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.
Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.

Untuk Adam | iluvislam.com + discover the beauty of islam